SERIUS! - Malaysia Akan Mengalami Fenomena Tiada Bayang

TAOTAUAJER - Jangan terkejut sekiranya pada 29 Mac nanti korang akan tiada bayang, sepertimana taotauajer diberitahu beberapa kawasan di seluruh negara termasuk di ibu negara berpeluang mengalami fenomena tanpa bayang,


Sepertimana yang di maklumkan fenomena ini bakal berlaku pada 29 Mac ini pada pukul 1.20 petang dan  juga pukul 1.10 petang pada 15 September 2014.

Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) Agensi Angkasa Negara (AAN) dalam satu kenyataan media memberitahu, fenomena itu akibat peredaran Bumi mengelilingi matahari dengan kecondongan satah Bumi pada sudut 23.5 darjah.

�Kawasan-kawasan yang berada dalam latitude 23.5 darjah utara dan 23.5 darjah selatan akan mengalami fenomena tersebut namun tarikh dan masa berbeza mengikut kedudukan lokasi.

�Sebagai contoh di Pulau Langkawi, fenomena itu akan berlaku pada 6 April ini pada pukul 1.24 petang dan 6 September, pukul 1.20 petang,� kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, fenomena itu bagaimanapun bukan sesuatu situasi yang pelik kerana ia berlaku dua kali pada setiap tahun.

Tambah kenyataan itu, pada waktu itu orang ramai akan mendapati matahari berada tepat di atas kepala pada waktu tengahari.

Hal itu akan menyebabkan mereka tidak dapat melihat bayang-bayang sendiri sekiranya berdiri di kawasan lapang.

Buat pengatahuan korang fenomena itu juga dikenali sebagai peristiwa Ekuinoks apabila Matahari melintasi tepat garisan Khatulistiwa ketika ia bergerak dari Hemisfera Selatan ke Hemisfera Utara Bumi. Kejadian ini berlaku setiap Mac dan matahari juga akan melintasi Khatulistiwa dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan Bumi setiap September pula.


Tiada yang istimewa pada hari berkenaan selain matahari berada tepat di atas kepala pada waktu tengahari. Ini menyebabkan kita tidak nampak bayang-bayang kita jika berdiri di tengah panas

Fenomena berkenaan juga berlaku setiap hari tetapi di lokasi berbeza mengikut garis lintang kedudukan pergerakan matahari. Ini bermakna setiap negara yang berada di antara garisan Sartan dan Jadi, termasuk Khatulistiwa, akan merasai fenomena berkenaan.

Fenomena berkenaan juga berlaku dalam tempoh yang singkat iaitu dua hingga lima minit serta tidak memberi kesan langsung kepada penduduk bumi seperti kejadian gerhana bulan dan matahari.

Ahli falak Islam yang masyhur, Imam al-Khawarizmi dan ahli sains Isaac Newton berpendapat, setiap dua jisim yang berdekatan mewujudkan kesan tarik menarik antara satu sama lain, sama ada kuat atau lemah tarikan itu. Disebabkan ketika berlakunya gerhana matahari, bulan berada hampir dengan bumi, pastinya akan berlaku tarikan kuat dari bulan terhadap bumi yang mengakibatkan berlakunya perubahan paras air laut dan mungkin angin yang memberi kesan kepada cuaca.

Gerhana bulan dan matahari juga boleh membawa perubahan kepada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan benda hidup di dunia ini. Contohnya, jika berlaku gerhana matahari di mana waktu siang tiba-tiba bertukar menjadi gelap seperti malam, mungkin haiwan seperti burung akan keliru dan menyebabkan ia terbang pulang ke sarang atau tidak berhaluan.

Berbeza dengan kedua-dua gerhana berkenaan, fenomena tanpa bayang hanya kejadian tiada bayang kelihatan pada tepat waktu tengahari di sesuatu tempat ketika matahari melintasi garisan lintang kawasan berkenaan. Selepas daripada tarikh itu, bayangan mereka akan kelihatan semula jika dilihat di atas tanah pada tepat waktu tengahari kerana kedudukan matahari yang semakin beralih ke garis lintang sama ada arah utara atau pun mungkin arah selatan.

Semua bandar di dunia yang berada di antara garisan lintang 23.5 darjah Utara (garisan Sartan) dan garisan lintang 23.5 darjah Selatan (garisan Jadi) akan mengalami keadaan itu dan dalam tempoh setahun, hemisfera selatan terlebih dulu mengalaminya seperti di Australia pada bulan Disember hingga Januari.

Sebelum ini, tempat popular yang menjadi tumpuan ialah bandar Pontianak, Kalimantan Barat, kerana kedudukannya betul-betul di garisan Khatulistiwa. Bandar itu akan mengalami fenomena itu dua kali setiap tahun.

Fenomena sama yang berlaku di Makkah pada 28 Mei dan 15 Julai setiap tahun, dimanfaatkan oleh umat Islam di seluruh dunia untuk membetulkan arah kiblat masing-masing berdasarkan kepada unjuran arah bayang matahari di kawasan setempat masing-masing pada waktu itu akan menghala Makkah. Korang baca nie ??? Fenomena Istiwa Matahari di atas Kaabah.

TAOTAUAJER : Nanti pada tarikh 29 haribulan boleh la ramai-ramai ambik gambar tiada bayang... tapi sebenarnya ada jer bayang tapi betul-betul di bawah kita, takpe kita tengok macamana fenomena itu nanti pada 29 hari bulan. Amacam? sekarang korang dah tahu la kan sebabnya mengapa fenomena tanpa bayang ini boleh berlaku... - Koleksi Fenomena Dunia

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment