MISTERI! - Doktor Temui 12 Ketul Emas Bernilai Lebih RM70K Dalam Perut Pesakit (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - BEBERAPA doktor yang menjalankan pembedahan ke atas seorang ahli perniagaan India berusia 63 tahun terkejut apabila menemui 12 ketulan emas yang dianggarkan bernilai RM75,527 dalam perutnya.


Sebelum ini, lelaki itu mengadu bahawa dia mengalami sakit perut selepas menelan penutup botol minuman dan meminta ia dikeluarkan pada 7 April lalu.

Selain itu, dia turut mendakwa kerap muntah akibat kejadian itu, memetik Daily Mail.


Menurut doktor, setiap ketulan emas itu mempunyai berat sekitar 33 gram.

�Jika emas itu dibiarkan lebih lama, ia akan menyebabkan pendarahan dalaman dan pecah usus,� ujarnya.

Permintaan terhadap emas di India adalah antara yang terbesar di dunia, namun akhir-akhir ini syarat mengimport emas telah diperketatkan akibat kes penyeludupan yang semakin tinggi.

TAOTAUAJER : Mungkinkah kehadiran ketulan emas di dalam perut lelaki itu boleh disifatkan sebagai satu kejadian miteri mahupun ianya satu modusoperandi penyeludupan yang tidak berjaya?


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment