GEMPAR! - Apabila Banjir Kilat Melanda Mekah (10 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kota Mekah yang merupakan tanah suci bagi umat Islam kini sekali lagi digemparkan dengan kejadian banjir dan hujan lebat pada malam tadi.


Pemandangan ini merupakan sesuatu yang jarang-jarang berlaku kerana Mekah dikenali dengan iklim panas sepanjang tahun yang mencecah sehingga 40 darjah celcius.

Berpuluh-puluh kenderaan dan banyak kediaman serta premis perniagaan di kota Mekah didakwa rosak teruk selepas bandar suci umat Islam itu dilanda hujan lebat selama dua jam pada lewat malam semalam dan ia hampir melumpuhkan sistem pengangkutan di barat Arab Saudi.

Menurut portal berita Sabq, bencana alam pada lewat malam semalam itu turut menenggelamkan beberapa laluan utama ke bandar tersebut dan menyebabkan kerosakan teruk harta benda yang belum dinilai kerugiannya, sekali gus meningkatkan kebimbangan berulangnya banjir kilat yang membawa maut, seperti mana yang dilalui penduduknya beberapa tahun lalu.

Lokasi Mekah di tengah-tengah lembah padang pasir yang berbukit-bukau, menyebabkannya terdedah kepada banjir kilat ekoran hujan luar biasa lebat

Beberapa keping gambar turut dimuat naik dalam portal tersebut menunjukkan beberapa buah kenderaan dihanyutkan air deras dan berlanggaran antara satu sama lain.

Saksikan gambar-gambar kita mekah di landa banjir di bawah ini...



TAOTAUAJER : Buat pengatahuan korang sebelum ini juga Mekah pernah dilanda banjir pada tahun 2010 dan juga gambar di atas adalah gambar yang berjaya di ambil pada tahun 1941 bersamaan 1360 Hijrah dimana keadaan banjir tersebut sehinggakan menengelamkan beberapa kaki kaabah.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment