Sebelum itu, kita ketahui dahulu info mengenai solat raya. Dimana solat dua hari raya sama ada Idulfitri atau Iduladha adalah sunat dilakukan secara berjemaah. Menurut As-Syafie, Eid berasal daripada perkataan yang bermaksud kembali kerana sifatnya yang dilakukan secara berulangkali dalam setiap tahun. Solat ini di
syariatkan pada tahun kedua hijrah berdasarkan sirah an-Nabawiah.
Daripada Abu Said al-Khudriyi RA bahawa Rasulullah SAW keluar pada hari raya Idulfitri dan Iduladha menuju ke tempat solat. Perbuatan pertama yang baginda SAW lakukan ialah bersolat dan apabila selesai, maka baginda menghadap ke arah makmum yang sedang duduk. Baginda memuji Allah SWT dan memerintah mereka sesuatu tugas (untuk berjihad di jalan Allah), kemudian setelah selesai Baginda bersurai. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
HUKUM SOLAT HARIRAYA
Hukumnya adalah sunat muakkad. Ini berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW yang tidak pernah meninggalkannya sehingga Baginda wafat. Bahkan Baginda telah menggalakkan para sahabat untuk mengerjakannya apabila tiba waktunya.
Oleh itu setiap umat Islam yang mukallaf lelaki dan perempuan, bermastautin/bermukim atau bermusafir dituntut mengerjakannya. Segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua. Di antara tiap-tiap takbir itu disertakan dengan bacaan tasbih.
AZAN DAN IQAMAH
Solat sunat hariraya tidak disunatkan untuk azan dan iqamah. Tetapi memadai bilal menyeru dengan iaitu �Marilah Solat Berjemaah�.
WAKTU SOLAT
Waktu masuk bagi solat hariraya ialah selepas naik matahari pagi sehingga sebelum masuk waktu fardhu Zohor.
KAEDAH PELAKSANAAN SOLAT HARIRAYA
Solat hariraya mempunyai cara-cara tertentu yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah
SAW seperti:
Rakaat Pertama
1. Dimulai dengan lafaz Takbiratulihram (Allahuakbar) berserta niat:
???????? ??????? ???????? ????????? ???????????? ??????????? ??????? ????????
Usalli sunnatan liAidil Fitri rak'ataini makmuman lillahi ta'ala.
Ertinya: �Sahaja aku solat sunat Idulfitri dua rakaat tunai (sebagai makmum) kerana Allah Taala.�
2. Membaca doa Iftitah.
3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak 7 kali (seperti takbiratulihram solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih:
????????? ????? ??????????? ????? ????? ?????? ?????? ?????? ??????? ???????
subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar
4. Membaca surah al- Fatihah.
5. Membaca ayat dari surah al�Quran seperti surah al-A�laa (atau surah yang lain).
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat Kedua
1. Dimulai dengan lafaz takbir Intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
2. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak lima kali (seperti takbiratulihram solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih.
????????? ????? ??????????? ????? ????? ?????? ?????? ?????? ??????? ???????
subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar
3. Membaca surah al-Fatihah.4. Membaca ayat dari surah al-Quran seperti surah al-Ghaasyiyah (atau surah yang lain).
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
6. Memberi salam.
KHUTBAH HARIRAYA
Selepas selesai melakukan solat sunat Hari Raya, akan diadakan Khutbah hari Raya. Di antara dua khutbah itu pula Khatib disunatkan duduk sebentar. Khatib sunat melafazkan takbir dalam khutbah pertama sebanyak sembilan kali dan dalam khutbah kedua sebanyak tujuh kali berturut-turut.
Disini tao nak kongsikan juga beberapa perkara yang sunat dilakukan.Berikut di bawah adalah perkara-perkara yang sunat :
- Mandi Sunat Hari Raya
- Memakai pakaian yang terbaik
- Makan sedikit sebelum keluar ke masjid
- Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
- Mendengar Khutbah Raya
- Pergi dan balik dari masjid mengikut jalan yang berbeza
- Mengucapkan ucapan Hari Raya
TAOTAUAJER : Diharap dengan perkongsian ini, dapat dimanfaatkan oleh setiap mukmin di Malaysia dan memudahkan saudara-saudara Islam di Malaysia dalam melakukan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.
0 comments :
Post a Comment