INFO! - Persoalan penting berkenaan Gerhana Bulan Penuh 4 April 2015 nanti!

TAOTAUAJER - Pada hari Sabtu ini, 4 April 2015, akan berlaku sekali lagi fenomena Gerhana Bulan Penuh, yang dapat dilihat oleh kita di Malaysia dan sekitar Asia Tenggara. Mungkin ramai yang mempunyai pertanyaan yang masih terngiang-ngiang dalam hati, yang mahu tahu jawapan secepat/seringkas yang mungkin. Artikel ini bertujuan memenuhi situasi tersebut. Mudah-mudahan ia dapat membantu.


Bilakah gerhana bulan 4 April ini akan bermula?

Secara tepatnya, gerhana ini akan bermula pada jam 5.01 petang. Bulan ketika itu baru memasuki kawasan bayang-bayang yang dipanggil penumbra. Pada jam 6.15 pm, ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra, Pada jam 7.57 pm, Bulan akan sepenuhnya berada dalam bayang-bayang umbra, menandakan bermulannya fasa gerhana penuh.

Pada jam 8.00 pm, ia berada di puncak gerhana. Selang 2 minit kemudian, iaitu jam 8.02 pm, ia mula bergerak keluar dari bayang-bayang umbra. Pada jam 9.44 pm, bulan sepenuhnya keluar dari bayang-bayang umbra, tetapi masih berada dalam kawasan penumbra, sehinggalah jam 10.58 pm, yang mana secara rasminya, bulan telah pun keluar sepenuhnya dari kawasan bayang-bayang bumi penumbra.

Di bawah ialah gambarajah rasmi laluan gerhana bulan 4 April 2015, yang disediakan oleh Fred Espanak. Sumber.


Apakah yang dimaksudkan dengan penumbra dan umbra tu?

Bayang-bayang bumi ada 2 bahagian, umbra dan penumbra. Ia terbentuk kerana sumber cahaya yang menghasilkan bayang-bayang ini, iaitu matahari, merupakan sebuah objek yang besar dan sumber cahayanya wujud dari sebuah objek berbentuk bulatan (bukannya satu titik).

Kesannya, sebahagian bayang-bayang bumi, masih ada kena tempias cahaya matahari. Maka, bayang-bayang ini tidak pekat hitam. Inilah kawasan bayang-bayang penumbra.

Manakala, sebahagian lagi kawasan bayang-bayang bumi langsung tidak menerima cahaya direct matahari, maka ia lebih gelap. Kawasan ini dipanggil bayang-bayang umbra.

Gambarajah laluan bulan merentasi 2 kawasan bayang-bayang bumi, iaitu umbra dan penumbra. Sumber

Mengapakah bulan kelihatan merah pekat dan tidak hilang sepenuhnya ketika gerhana?

Warna kemerahan pada bulan itu disebabkan cahaya matahari yang bergerak berhampiran dengan bumi, telah dibiaskan oleh atmosferanya, Cahaya spektrum berwarna merah lebih mudah/banyak terbias berbanding warna lain.

FENOMENA gerhana bulan berlaku menerangi langit dekat Jambatan Pulau Pinang, Georgetown pada OKT 2014
Itulah sebabnya kita boleh lihat kesan kemerahan ketika fasa gerhana penuh. Dan fenomena kelihatan merah ini biasa disebutkan sebagai 'blood moon'.

Istilah Blood Moon ini dikatakan dimulakan oleh 2 orang paderi Mark Blitz and John Hagee, yang merujuk kepada fenomena 4 kali gerhana bulan penuh berturut-turut (bermula tahun 2014 hingga 2015 ini). Fenomena ini juga dikenali sebagai tetrad.

John Hagee telah mempopularkan istilah Blood Moon ini dalam bukunya Four Blood Moons: Something is About to Change pada tahun 2013.

Saksikan lagi gambar - gambar GERHANA BULAN �BERDARAH� YANG SEMPAT DIRAKAM SERATA MALAYSIA PADA OKT 2014

Di lokasi manakah sesuai untuk melihat gerhana bulan kali ini?

Disebabkan gerhana SUDAH PUN BERMULA ketika ia terbit pada Maghrib 4 April 2015 nanti, maka bulan akan berada rendah di ufuk sebelah timur. Maka, lokasi sesuai yang disarankan ialah:
  1. Kawasan ufuk timur yang kosong, tiada gangguan bangunan, pokok mahupun bukit yang tinggi.
  2. Di atas bangunan tinggi, yang dapat melihat ufuk TIMUR yang kosong (tiada gangguan/halangan)
  3. Kawasan pantai timur semenanjung, yang mana langit timurnya mengadap laut.
  4. Malaysia timur seperti di Sabah, di mana Bulan akan terbit satu jam lebih awal dari Semenanjung, maka di sana hampir keseluruhan fasa gerhana (dari awal hingga akhir) dapat dilihat. Bagi di Semenanjung, hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu bermula dari fasa hampir-hampir nak penuh.

sumber : Falakonline


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment