TAOTAUAJER - Yasmine berusia tiga belas tahun tidak pernah keluar dari kampungnya di bandar Maungdaw di Arakan tetapi satu hari itu, hidupnya berubah apabila dia dipaksa menaiki bot untuk ke Malaysia.
Dua belas lelaki mengheret Yasmine yang merupakan seorang Rohingya dan dia terpaksa ke Malaysia berikutan abangnya berada di negara itu.
�Mereka mengheret saya ke bot itu, mereka memeggang kayu dan mengugut untuk memukul saya .
�Saya menjerit dan menangis dengan kuat. Ibu bapa saya juga menangis tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa.
�Saya pergi ke bot dengan tiga lelaki. Apabila saya sampai ke bot besar � saya tidak dapat menjelaskan perasaan saya yang begitu takut,�kata Yasmine yang menceritakan pengalamannya kepada Pemerhati Hak Asasi Manusia.
Beberapa mangsa terselamat menceritakan detik cemas mereka ketika bertahan selama dua bulan di lautan tanpa air dan makanan.
Bot-bot yang mereka naiki ditinggalkan di lokasi yang tidak diberitahu sepanjang pantai Thailand.
Yasmine berkata bot 15 meter panjang empat tingkat dengan bilik yang berasingan manakala lelaki duduk di bahagian atas dek.
Dia ditempatkan di dalam sebuah bilik kecil dengan 16 orang dan pintu sentiasa dikunci.
�Para penyeludup meletakkan makanan dan air melalui lubang kecil, kita tidak pernah melihat mereka. Kami hanya dibenarkan pergi ke tandas sekali sehari.
�Terdapat ramai orang di atas bot, tetapi saya tidak pernah tahu siapa penyeludup tersebut,� katanya.
Seorang lagi mangsa yang masih hidup, Arefa, 16, juga dari Maungdaw berkata keluarganya berhadapan masalah dengan kerajaan.
Abangnya merupakan seorang guru yang memaksa dia melarikan diri ke Malaysia. Tentera Burma telah menangkap dan memukul bapanya.
�Selepas bapa saya dilepaskan, keluarga saya diberi amaran akan dibunuh jika terus tinggal di situ. Kerajaan (Myanmar) mengambil rumah kami dan memberikannya kepada Rakhine Buddha dari Bangladesh.
�Sekumpulan enam lelaki, mereka Rakhine Buddha dari Bangladesh, mereka mempunyai pisau dan senjata api.
�Mereka memaksa saya untuk naik ke atas bot, mereka memberitahu bahawa saya perlu meninggalkan Myanmar,� kata Arefa.
Arefa berkata, dia berada di atas bot selama dua bulan.
�Saya tinggal di bot sama seperti orang mati. Saya tidak tahu apa yang saya akan lakukan di Malaysia, saya tidak mempunyai wang. Saya keluar dari Myanmar, tetapi saya tahu saya tidak boleh kembali, �katanya.
Sameera, 16, sedang dalam perjalanan ke rumah bapa mertuanya bersama suami. Dia kemudian didatangi beberapa orang lelaki dan menangkap mereka.
Dia dibawa ke sebuah bot besar dan tidak memahami bahasa yang digunakan penyeludup.
�Ketika dalam pelayaran suami saya datang kepada saya dengan kepalanya berdarah kerana dipukul penyeludup.
�Selepas itu saya tidak bertemunya lagi, selepas tentera Thai menghantar kami ditempat berbeza,� katanya. � Mstar
0 comments :
Post a Comment