SERIUS! - Lelaki sanggup potong kaki untuk selamatkan diri (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Seorang lelaki sanggup membenarkan kakinya dipotong selepas dia terperangkap di celah batu di sebuah gunung selama lebih 50 jam. 


Tsenolo Shadrack Rasello berusaha mencari air di gunung Magaliesber di sini awal Jumaat lalu. Namun, selepas kakinya tersekat di celah batu, dia menelefon pasukan penyelamat dengan mengguna telefon bimbit. 

Mereka cuba menariknya keluar dengan memecahkan batu dan mengguna pelincir. Bagaimanapun, semalam, pasukan itu semakin bimbang mengenai kesihatan mangsa selepas dia terperangkap selama lebih 50 jam dan mengambil keputusan memotong kakinya.


Ketua pasukan penyelamat berkata, dia terpaksa menjelaskan kepada lelaki itu mengenai keputusan itu kerana sudah tidak ada jalan lain untuk menyelamatkannya. Bagaimanapun, Rasello, 26, memahami keadaan itu dan dilapor berkata: �Begini, jika anda perlu memotong kaki saya, potonglah, asalkan saya dapat keluar dari sini.�

TAOTAUAJER : Kalau korang nak tau kejadian itu hampir sama dengan peristiwa yang menimpa Aron Ralston yang memotong sendiri tangannya dengan pisau lipat selepas ia tersekat selama 127 jam di celah batu di Utah, Amerika Syarikat pada 2003.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment