SUBHANALLAH! - Ibu Kucing Cekal, Tetap Menyusu Anak Walau Parah Dilanggar

TAOTAUAJER - Naluri ibu yang mengasihi anak-anak sememangnya menjangkaui sempadan hidupan, sama ada manusia mahupun haiwan.


Melalui sekeping foto yang dimuat naik di laman Facebook, ramai pengguna yang tersentuh melihat ketabahan seekor ibu kucing yang sanggup menyusukan anak-anaknya walaupun dalam keadaan berdarah.

Laman Facebook �A Fortress of Fur� menerima banyak komen dari netizen yang kagum melihat kasih-sayang ibu kucing tersebut.


Menurut pengendali akaun, si ibu kucing itu telah dilanggar oleh sebuah kenderaan namun dia tetap pulang dalam keadaan parah untuk memberi susu kepada empat ekor anaknya. Kagum kan?

Selain itu, ada segelintir pengguna yang risau dengan kondisi kucing itu dan nasib yang bakal menimpa anak-anaknya andai si ibu tidak dapat diselamatkan.

Usah risau, melalui laporan terbaru, ibu kucing terbabit berjaya dirawat dan hampir pulih dari kecederaan.
Mengikut laporan dari laman Twitter @HaiwanJalanan, walaupun mengalami path tulang dan kecederaan mata yang serius namun si ibu berjaya diselamatkan.


Di ruangan komen, ramai pengguna menzahirkan rasa syukur setelah kucing tersebut berjaya dirawat.
Kisah ini menunjukkan satu sisi persamaan antara manusia dan haiwan iaitu kedua-duanya dikurniakan dengan perasaan cinta dan sayang walaupun manusia diberikan kelebihan akal.

TAOTAUAJER : Sayangnya, segelintir individu memilih untuk meletakkan diri mereka lebih rendah dari haiwan apabila sanggup membuang malah membunuh bayi sendiri.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment