TAOTAUAJER - Terkini video "Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahan" memalukan tersebar secara meluas di laman sosial. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 509Kanun Keseksaan.
ANTARA babak bogel beramai-ramai yang terdapat dalam video tersebut.
Menurutnya, polis juga akan mengesan identiti mereka yang terbabit dalam rakaman itu serta pihak penganjur.
"Setakat ini, kita sudah menerima laporan daripada beberapa individu berhubung isu video terbabit," katanya ketika dihubungi.
Dalam video berdurasi 1 minit 56 saat itu sekumpulan kira-kira 20 individu terdiri daripada lelaki dan wanita berbogel sambil menjalankan aktiviti di Teluk Kampi, Teluk Bahang, di sini Jun lalu.
Terdapat juga video yang berdurasi 5 minit 25 saat yang dimuat naik bertajuk 'Malaysia Nude Sports Games 2014' (Pesta Sukan Bogel Malaysia 2014) merupakan video versi penuh.
Difahamkan, terdapat beberapa lagi video pesta bogel turut dimuat naik pemilik akaun itu sejak beberapa bulan lalu.
SUMBER : HarianMetro
TAOTAUAJER : Giller lah kat malaysia pun ader macam nie.. geng-geng nie memang tak reti malu.. tao sendiri telah melihat video tersebut dan apa yang dapat dilihat adalah mereka tak malu walhal ada jer orang awam di kawasan tersebut..
0 comments :
Post a Comment