Pasti nyer ramai yang tertanya-tanya benarkah fenomena Marikh sebesar Bulan bakal berlaku 27 Ogos 2014 ini?
Ok jom kita tengok mesej apa yang muncul berkaitan dengan isu ini:
On 27th August 2014 there will be two moon. The whole world is waiting for it. On this day Mars will be very bright and like moon everyone can see it with naked eyes. This day it will be 34.65 M Miles away from earth.
On this day do not forget to see this at 12.30 night. Because you will see two moons in the sky. This event will happen again in the year 2287. Please share this with all. Because those who are living now cannot see it second time in the year 2287.
Dan muncul pula versi terjemahan Bahasa Malaysia
BINTANG MARIKHPada 27 Ogos 2014 akan ada dua bulan. Seluruh dunia sedang menunggu untuk itu. Pada hari ini Marikh akan menjadi sangat terang seperti bulan dan semua orang boleh melihatnya dengan mata kasar. Hari ini ia akan menjadi 34.65 M Miles dari bumi.
Dan dunia Whatsapp pun terkena juga! Mesej lebih kurang sama, cuma lebih cute kerana banyak emoticon!Pada hari ini jangan lupa untuk melihat ini pada jam 12.30 malam. Kerana anda akan melihat dua bulan di langit. Peristiwa ini akan berlaku lagi pada tahun 2287. Sila berkongsi ini dengan semua. Oleh kerana orang-orang yang hidup sekarang tidak boleh melihatnya kali kedua pada tahun 2287.
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) hari ini menafikan dakwaan kononnya planet Marikh akan membesar seperti bulan dan kemunculan bulan berkembar pada Rabu depan (27 Ogos), seperti yang tersebar di laman sosial dan khidmat pesanan ringkas.
Menurut kenyataan ANGKASA, jarak planet Marikh adalah stabil pada orbitnya pada malam berkenaan iaitu 201.69 juta kilometer atau 125.28 juta batu dari bumi, dan bukannya 34.65 juta batu seperti yang telah disebarkan itu.
Pada jarak itu, planet Marikh hanya akan kelihatan seperti sebuah bintang merah di langit malam dan ia akan terbenam sekitar jam 12 tengah malam, dan oleh yang demikian ia tidak lagi kelihatan selepas daripada waktu itu.
Bulan pada malam itu berada pada fasa anak bulan dan bukannya bulan penuh.Bulan juga akan terbenam awal pada hari tersebut iaitu sekitar 8.30 malam dan ia tidak lagi kelihatan pada 12 malam seperti yang digembar-gemburkan. - bernama
TAOTAUAJER : Dengan itu mari kita sebarkan perkara yang tidak benar ini.. sekiranya ingin ketahui dengan lebih detail pasal isu ini boleh la ke laman Falak Online. Net
0 comments :
Post a Comment