BIARBETUL! - Bumi Bergelap Disember ini ? Ini Penjelasan NASA...

TAOTAUAJER - Pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menafikan mengeluar satu artikel yang mengesahkan bahawa bumi bakal bergelap selama tiga hari pada Disember depan.


Artikel tersebut yang kini tersebar di internet mendakwa bumi bakal bergelap kerana satu ribut solar menyebabkan pancaran cahaya matahari terhalang.

Sebuah laman web, Huzlers.com baru-baru ini mengeluarkan satu artikel yang bertajuk NASA mengesahkan bumi akan bergelap selama enam hari pada Disember 2014 sebelum ia dikongsi secara meluas di media sosial.


Laman web itu mendakwa NASA mengesahkan bahawa bumi akan bergelap selama tiga hari bermula pada 21 hingga 23 Disember depan.

�Satu ribut solar menyebabkan debu-debu memenuhi ruang angkasa dan menghalang pancaran cahaya matahari sebanyak 90 peratus.

�Keadaan ini bakal menyebabkan bumi bakal menjadi gelap gelita selama enam hari,� katanya artikel tersebut.

Bagaimanapun, NASA menerusi laman web rasminya menafikan mereka ada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. 

Kalau korang nak tau isu 3 hari bergelap ini TELAH PUN MUNCUL pada penghujung tahun 2012 lepas, yang mana pada ketika itu tarikhnya bukanlah 21,22,23 Disember 2014� tetapi 23,24,25 Disember 2012. Masa itu tao juga telah keluarkan artikel Pembongkaran! - Ternyata Bumi Bergelap Pada 23, 24 dan 25 Disember hanyalah HOAX masa tu tengah heboh-heboh tahun 2012 adalah pengakhiran dunia iaitu KIAMAT.

Okay yang bawah nie tao cedok dari Falakonline..

kita masuk bab sains astronomi pulak...

Matahari merupakan sebuah bintang yang menyala selama berbilion tahun hasil daripada tenaga yang terbebas hasil pertukaran hidrogen ke helium.

Untuk matahari tiba-tiba �padam� selama 3 hari, atom-atom hidrogen itu kenalah �tiba-tiba� hilang selama 3 hari, supaya TIADA tenaga yang akan keluar kerana tiada pertukaran dr hidrogen ke helium. Kemudian� selepas hari ke-4, atom-atom hidrogen itu akan �muncul� kembali, lalu proses asal tadi disambung semula.

Cuba tenangkan hati, fikir dahulu ayat di atas sebelum menjawab soalan ini dengan ikhlas, �logik ke tidak�??

Kemudian kita lihat kesannya, menurut ayat screenshot di atas, disebabkan oleh �solar storm�.

Baik, kita kena faham bab �solar storm� ini dulu.

Matahari sentiasa mengeluarkan ledakan tenaga yang amat besar setiap SAAT. Jika kita lihat foto-foto matahari menerusi teleskop khas H-Alpha, kita akan dapat lihat bagaimana begitu banyak julangan suar (flare) yang naik dan turun di permukaan matahari.

Cuba lihat video dibawah yang menunjukkan keadaan matahari dalam durasi selama 48 jam.


Walaupun nampak mengerikan, namun itulah tabiat dan perangan matahari. Tanpa limpahan tenaga yang amat kuat ini, Bumi akan kesejukan dan tiada kehidupan dapat hidup. Kita sepatutnya rasa bersyukur kerana Allah SWT telah letakkan kita teramat jauh dari matahari (selamat dari jangkauan suar yang besar ini), tetapi masih dapat menerima manafaat tenaga dan haba daripadanya!

Namun, walaupun matahari sentiasa �meletup-meletup� setiap saat, ia pun sebenarnya ada masa naik dan turunnya. Maksud saya, ada ketika jumlah tenaga yang dihasilkan oleh matahari ini �biasa-biasa� je, dan ada ketikanya ia �amat besar dan aktif�.

Naik turun perangai matahari ini dipanggil sebagai Kitaran Solar atau Solar Cycle, yang mana ia berulang setiap 11 tahun.

Maknanya, sejarah kajian astronomi sebelum ini telah pun menunjukkan memang matahari begitu �galak dan aktif� setiap 11 tahun. Paling terdekat matahari berada di puncak ialah pada pertengahan tahun 2013 lepas.

Video di bawah menerangkan berkenaan dengan Solar Max, Sila ambil masa dengar dan faham dulu. Penerangannya agak mudah untuk difahami.


Apa kesannya jika suar matahari ini terlepas ke angkasa?

Jawapannya ialah jika ia (dikenali sebagai Coronal Mass Ejection atau CME) terlepas dan kebetulan menghala ke bumi, Alhamdulillah Bumi kita ini mempunyai perisai yang dipanggil sebagai magnetic field atau medan magnet, yang mengunjur dari kutub utara ke kutub selatan.

Medan magnet ini akan membias dan melencong sebarang tenaga melampau dari CME ini ke sekeliling bumi. Jika CME ini kuat, lebihan tenaganya akan melencong kembali ke kutub-kutub bumi, lalu membentuk aurora.

Department of Physics, University of Oslo telah menghasilkan video animasi yang amat jelas menerangkan fenomena aurora hasil daripada letusan CME dari matahari. Sila lihat video di bawah:


Paling teruk pun, jika CME ini terlampau kuat ia akan mengganggu buat beberapa ketika sistem elektronik, terutama di dalam satelit-satelit yang sedang mengorbit bumi.

Jelas di sini, kejadian solar storm tidak akan mengakibatkan bumi bergelap! Malah, langit akan menjadi lebih cerah pada waktu malam, terutama di kutub-kutub kerana kehadiran aurora!
 SUMBER :  falakOnline 

TAOTAUAJER : Apa yang pasti, janganlah sebar berita yang kita sendiri tak pasti kesahihannya. Walaupun kononnya ada sumber �dari NASA�, tao harapkan agar ambil INISIATIF yang periksalah sendiri sumber �berita� tersebut. Lagi-lagi tao ada dua tiga kali dapat wassap mengatakan jangan meletakkan handphone dekat dengan badan sewamtu tidur sekwatu pada tarikh sekian sekian ade fenomena berlaku.. this also fake!


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment