OMG! - Video Kes Ragut Di Johor Bahru Menjadi Viral Di Laman Sosial !!

TAOTAUAJER - Ini merupakan satu lagi kejadian jenayah yang telah berjaya dirakam dimana ia memperlihatkan ketamadunan manusia yang semakin lama semakin pupus.


Namun begitu mengapa perkara ini acap kali berlaku sehingga ia boleh mendatangkan bahaya bagi nyawa mangsa yang terlibat?

Adakah kerana kita yang terlalu cuai atau manusia kini yang semakin berani melakukan perkara-perkara jenayah?

Terkini sebuah video telah menjadi viral di laman sosial dimana ia memperlihatkan rakaman kes ragut di Taman Molek, Johor Bahru.

Mangsa yang merupakan seorang wanita dilihat sedang menjamu selera berseorangan di sebuah restoran dan secara tiba-tiba dia telah didatangi oleh �mat motor� yang wajahnya ditutup dengan helmet .

Peragut tersebut lantas dengan berani merampas beg milik mangsa yang sedang diletakkan di atas paha mangsa hingga menyebabkan mangsa terjatuh dan peragut dengan pantas melarikan diri sebelum ianya sempat disedari oleh orang ramai yang berada berhampiran .

Mangsa yang ketika itu terpinga-pinga cuba mendapatkan kembali begnya semula namun ianya gagal.

Memang kesian dengan mangsa, sudahlah sedang lapar tiba-tiba begnya pula diragut orang . Memang kejam sungguh , moga-moga peragut itu segera mendapat balasan tuhan !


TAOTAUAJER : Oleh itu wahai wanita-wanita diluar sana berhati-hatilah kemana sahaja anda berada . Jangan sudah terhantuk ,baru terngadah !

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment