ANGKER! - Inilah 4 Pantai Yang Paling Menyeramkan Di Dunia..

TAOTAUAJER - Pantai adalah salah satu lokasi yang paling popular untuk keluarga beriadah selain daripada sungai dan berbagai lagi taman tema air. Namun tidak semua pantai boleh menimbulkan kegembiraan kepada tetamunya kerana ada pantai yang mempunyai suasana yang menyeramkan.


Pantai-pantai ini dikatakan paling berhantu, walaupun keindahan pantai-pantai ini tidak kurang menakjubkan berbanding pantai-pantai yang lain. Namun suasana seram dan banyak kejadian aneh di pantai inilah yang membuatkan orang ramai takut untuk mengunjunginya.

Lihat 4 pantai yang paling menyeramkan di bawah ini :

1. Pantai Kaupoa, Hawaii..


Pantai ini dahulunya sebuah lokasi yang popular kepada para pengunjung namun ianya sekarang menjadi tidak terurus dan dikhabarkan berhantu. Pantai ini seringkali terjadi kejadian-kejadian aneh dimana para pengunjung sering terdengar suara-suara kanak-kanak yang menyeramkan.


2. Pantai Dumas, India


Pantai Dumas ini merupakan pantai yang menyeramkan dan terletak 21 KM dari Kota Surat, Gujarat India. Pantai ini menjadi salah satu tempat kremasi mayat sehingga menimbulkan banyak kejadian aneh dan menyeramkan di pantai ini. Ramai pengunjung yang mendengar bisikan-bisikan menyeramkan ketika berjalan di pantai ini.


3. Pantai Changi, Singapura.


Pantai Changi ini merupakan salah satu lokasi popular keluarga tempatan beriadah di Singapura. Disebalik suasana yang menyamankan pantai ini pernah menjadi sejarah yang menyeramkan. Pantai Changi pernah menjadi lokasi pembunuhan askar Jepun semasa perang dunia kedua iaitu semasa Sook Ching Massacre. Ribuan orang Cina yang anti askar Jepun dibunuh dan diseksa oleh askar Jepun. Pantai ini pernah dikatakan lokasi yang paling menyeramkan di asia. Sehingga sekarang ramai pengunjung mengatakan terdengar suara-suara jeritan yang misteri.


4. Pantai Moss, California


Pantai Moss terletak di California USA dikatakan antara lokasi yang menyeramkan dengan banyaknya berlaku kejadian aneh dan penampakan lembaga wanita. Ada pengunjung yang menyatakan seringkali diceritakan penampakan wanita berpakaian biru di lokasi tersebut. Menurut cerita tempatan, semasa tahun 1930-an, seorang surirumah yang cantik yang suka berpakaian warna biru menjalinkan hubungan sulit dengan pemain piano dan sering berjumpa secra rahsia di pantai. Apabila suaminya mendapat tahu, dia telah dibunuh di pantai dan rohnya berkeliaran dan menjadi tidak tenteram.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment