NGERI! - Apabila Hidung & Mata Wanita Ini Keluarkan Ulat Sampah

TAOTAUAJER - Geli lagi meloyakan! Itulah gambaran bagi menceritakan kisah seorang pesakit wanita Kanada yang secara tiba-tiba kelopak mata dan hidungnya dipenuhi dengan ulat sampah.


Kisah yang dilaporkan oleh Metro.co.uk ini sebenarnya telah berlaku pada tahun 2007, namun baru menjadi viral di media sosial hingga menjijikkan sesiapa sahaja yang melihatnya di seluruh dunia.

Lebih mengejutkan, wanita tersebut sebenarnya tidak mengalami masalah ulat tersebut pada awalnya ketika ditempatkan ke dalam hospital.


Dia yang menghidap penyakit lain secara tiba-tiba terperanjat apabila kelopak mata dan hidungnya mengeluarkan ulat sampah selepas beberapa hari tinggal dalam hospital di Kanada.


Menurut laporan perubatan wanita tersebut, ulat itu dipercayai berpunca daripada seekor lalat berwarna hijau yang pernah dilihat berkeliaran di unit kawalan rapi.

Difahamkan, lalat tersebut telah melepaskan telurnya ketika wanita tersebut berada dalam hospital berkenaan.

Bagaimanapun, para doktor berjaya mengeluarkan kesemua ulat tersebut sebanyak 120 ekor daripada hidung dan kelopak matanya.

TAOTAUAJER : Euww menggelikan.. kalau korang semua nak tahu ini adalah satu serangan parasit yang dinamakan Myiasis dimana ini adalah serangan parasit kepada mamalia hidup oleh larva lalat (ulat) yang tumbuh di dalam tuan rumah dan memakan tisu perumah tersebut. Tetapi juga... ada juga larva sebegini yang diternak di hospital bagi salah satu cara sebagai terapi dan diletakkan pada bahagian luka untuk cepat sembuh yang dinamakan maggot therapy. saksikan videonya di bawah ini..


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment