OMG! - Kurang 16 Saat, Wanita Jahanamkan Kereta Mewah Lexus! [VIDEO]

TAOTAUAJER - SEORANG gadis nyaris maut apabila kederaan pelbagai guna SUV, Lexus GX460 yang dipandunya gagal dikawal lalu terbabas dan terbalik ke dalam semak. Kejadian dipercayai berlaku di Rusia.


Rakaman video litar tertutup yang didedahkan oleh pihak insuran ini telah menjadi viral di laman sosial dan mengundang pelbagai komen.

Dikatakan kereta mewah itu baru saja dibeli oleh bapa gadis terbabit, seorang hartawan dan dihadiahkan kepadanya. Ia berharga �38,000 (RM158,000).

Namun ia musnah kurang dari 16 saat!

Kedengaran suara pada video yang dirakam dari kamera litar tertutup menjerit �No Way�!� ketika mereka melihat kejadian itu.


Mujurlah, beg keselamatan udara menyelamatkan nyawa gadis terbabit.

Pelbagai komen dikongsikan di youtube, antaranya mengecam tindakan bapanya yang sanggup membelanjakan banyak wang untuk membeli kereta mewah tetapi tidak memastikan anaknya mempunyai lesen memandu.

Ada juga komen berbaur jantina seperti �kaum wanita tak perlu ada tempat sebagai pemandu� dan �apa juga kederaan yang dipandu sama ada Lexus atau Lada, pastikan otak anda berada di gear sebelum memandu.�

Ada juga yang bersikap positif dengan memberi komen �mujur dia menguji kemahiran memandunya di tempat sunyi daripada menghentam pejalan kaki atau pemandu lain. Bayangkan jika dia memandu di jalan yang sibuk,� kata yang lain.



Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment