TAOTAUAJER - Nak balik kampung atau memulakan perjalanan yang jauh ? sudahkah anda check tayar anda? Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga. Kalau dah tak elok tayar tu boleh la diganti dengan yang baru. Okay.. ceritanya disini tao nak kongsikan kepada anda semua Info Kod Tayar kenderaan supaya anda tidak ditipu oleh penjual tayar. Ikuti penerangan di bawah ini...
Tayar merupakan bahagian yang penting menghubungkan kenderaan dan jalan raya. Namun begitu,ada beberapa perkara yang perlu diketahui pengguna sebelum membeli tayar kenderaan. Antaranya kod kapasiti berat dan kod kelajuan. Kedua-dua kod ini boleh kelihatan pada dinding tayar. Tetapi ramai di antara pengguna kenderaan terlepas pandang kod ini, mungkin kerana tiada pengetahuan. Sebenarnya kesesuaian tayar pada kenderaan berkait rapat pada kod-kod indeks ini.
Kod-kod ini tidak boleh dipandang remeh kerana ianya menunjukkan berat yang mampu ditampung serta kelajuan yang dibenarkan mengikut spesifikasi setiap pembuatan tayar. Kod-kod ini adalah kod
antarabangsa pada setiap pengilang tayar dan dianya tidak boleh diubah oleh pengilang tayar.
Dalam konteks keselamatan, kod-kod ini memberi gambaran yang jelas bahawa pengetahuan keselamatan tayar adalah terlalu penting & untuk diambil tahu oleh umum dan kod-kod ini bukanlah satu rahsia pengilang. Tidak kira di negara mana kita memandu, semua kod-kod keselamatan ini adalah sama. Sepatutnya kedai tayar haruslah membekalkan kepada pengguna maklumat penting ketika pembelian tayar termasuklah tayar yang sesuai mengikut kenderaan seperti kod kelajuan, kod berat, tarikh pembuatan, paten bunga dan lain-lain yang berkaitan dengan keselamatan.
Perlu diingat tidak semua tayar yang mahal itu sesuai penggunaannya dan tidak semua tayar yang murah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang bagus. Maka dengan itu, maklumat-maklumat pada dinding tayar adalah amat penting untuk diteliti sebelum membuat pembelian. Belilah tayar yang sesuai dengan penggunaan harian dan jangan terpengaruh dengan promosi yang hanya memikirkan keuntungan. Ketahuilah hak anda sebagai pengguna.
1.Kod Tayar Kenderaan..
Contoh 205/65/R1594H..
205 = Lebar..
65 = Tinggi..
R = Radial..
15 = Saiz / Rim..
94 = Had Maksimum Bebanan..
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam..
Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah;
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam..
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam..
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam..
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam..
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam..
2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar..
Contoh 0514..
Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014..
Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan..
Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired)..
Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini..
Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal..
Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (2014);
2012 = 40%
2011 = 60%
2010 = 80%
2009 = Percuma
Oleh itu, kesesuaian tayar mengikut kenderaan merangkumi pelbagai sudut. Selalulah periksa manual kenderaan sebelum mencari tayar yang sesuai kerana para pengilang kenderaan sudahpun mengira formula saiz yang sesuai dengan kenderaan jualan mereka. Sebagai pengguna bijak, gunakanlah maklumat-maklumat seperti ini ketika membeli tayar kerana ia sedikit sebanyak akan membantu anda dalam pemilihan tayar yang sesuai untuk kenderaan anda.
sumber : iswadykamas
TAOTAUAJER : Semoga Perkongsian Ini Membantu Kita Agar Tidak Ditipu Oleh Kedai Jual Tayar.. Share Lerrr Kepada Yang Lain.... Semoga ini memberi manfaat kepada kita semua...
0 comments :
Post a Comment