SERIUS! - NASA temui planet seiras Bumi 'Kepler-452b'

TAOTAUAJER - PENTADBIRAN Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) pada Khamis mengumumkan kapal angkasa Kepler telah mengesan sebuah planet yang seakan-akan sama dengan Bumi.


Tidak dipastikan sama ada planet yang digelar 'Kepler-452b' itu mempunyai fizikal berbatu dan memiliki ruang udara dan air namun penemuan itu adalah yang paling menarik sehingga kini.

Penyelidik NASA, Jon Jenkins berkata planet berkenaan berada dalam gugusan Cygnus dan sejauh 1,400 tahun cahya dari Bumi.

�Saiznya 60 peratus lebih besar dari Bumi dan berada dalam zon kawasan yang boleh menampung kehidupan,� ujar Jon.


Menurut saintis, permukaan Kepler-452b dijangka boleh menampung air selain mempunyai gunung berapi aktif. Kadar gravitinya pula adalah dua kali ganda dari Bumi.

Jarak Kepler-452b lebih jauh daripada sumber cahayanya jika dibandingkan dengan Bumi kepada matahari.

Namun, bintang gugusan itu jauh lebih terang dari matahari lantas Kepler-452b mendapat sumber tenaga yang hampir sama dengan Bumi.

�Ia mengambil masa 385 hari untuk mengelilingi bintangnya hampir sama dengan 365 hari di Bumi,� tambah Jon.

Berikutan ia menghabiskan waktu yang lama mengorbit zon terbabit iaitu sekitar 6 bilion tahun, planet Kepler-452b mempunyai banyak masa untuk menghasilkan kehidupan.

�Jumlah waktu serta syarat yang sama diperlukan bagi memastikan kehidupan berterusan di atas permukaan Bumi,� jelasnya dalam kenyataan rasmi.


Pada 17 April 2014, NASA mengesan sebuah planet dipanggil Kepler-186f yang dikatakan paling menyerupai Bumi. Planet tersebut sejauh 500 tahun cahaya dan 10 peratus lebih besar, namun kurang mendapat cahaya seperti Bumi.

Eksplorasi Kepler dilancarkan pada tahun 2009. Misi berharga AS$600 juta (RM2.29 bilion) itu berbekalkan matlamat meninjau sebahagian daripada Milky Way untuk planet boleh didiami.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment