TIPS! - ANDA PASTI TIDAK AKAN LAGI MUDAH DITIPU BELI HANDPHONE SELEPAS BACA ARTIKEL INI

TAOTAUAJER - Pernahkah anda berasa ralat membeli sesuatu handpone kemudian rasa ditipu apabila handpone yang anda beli tersebut tidak mengikut spesifikasi yang ori? Atau anda mudah - mudah ditipu dengan harga yang ditawarkan oleh peniaga? Okay, kali ni tao ingin kongsikan tips bagi mereka yang ingin membeli handpone atau smartphone supaya anda tidak mudah ditipu oleh peniaga handphone al maklumlah sekarang nie banyak sangat kes penupuan yang dilaporkan.

ap handphone, cara beli handphone, clone dan ori, clone handphone, handphone, handphone ap, handphone beza ap, handphone beza ap dan ori, handphone beza clone dan ori, handphone clone, handphone clone di lowyat, handphone clone lowyat, handphone clone tipu lowyat, handphone ori, jenis handphone, kes handphone di lowyat, kes handphone lowyat, kes handphone oppo lowyat, kes tipu handphone clone di lowyat, kes tipu handphone di lowyat, kes tipu handphone lowyat, kes tipu handphone palsu di lowyat, lowyat, original handphone

Antara Tips beli handphone dari seorang penjual handphone seperti dibawah ini :

1. Sebelum pergi survey, buatlah Google search sikit tentang macam mana nak tahu beza AP, Ori dengan Clone set. Tak lama pun nak Google,tak sampai 5 minit pun. Boleh selamatkan dari sakit kepala lepas beli nanti.

2.Pergi hari yang tak ramai orang. Jadi boleh lah nak belek phone puas puas ke nak minta software lebih ke. Kalau pergi weekends, nanti si penjual busy so kurang sikit layanan mesra kitorang dekat customer ni. Nak minta apa pun susah sikit.

3. Sekali lagi, kalau pergi weekdays, si penjual tak busy dan kemungkinan tak banyak sale. Jadi kami cenderung untuk turunkan harga / bagi diskaun melampau / bagi free gift lebih asalkan dapat sale. Kalau pada hari banyak sale, kami cenderung untuk tak layan customer yang minta macam macam tapi nak harga murah.

4. Check imei (serial number untuk phone) dengan mendail *#06#. Pastikan nombor yang dipaparkan sama dengan nombor imei dekat kotak. Phone AP/Clone selalunya tak sama nombor imeinya dikotak dengan di handphone. Tapi ada juga phone AP yg sama imeinya dengan di kotak. Jadi hati hati!


5. Buka belakang battery handphone, tengok tulisan. Kebanyakkan model phone original akan tulis dalam Bahasa Inggeris tapi phone AP/Clone pulak akan ada tulisan Cina di belakang phone. (Paling ketara model Lenovo, boleh check belakang Lenovo korang kalau tak percaya)

6.Survey harga online dulu sebelum survey dekat kedai. Masuk lah lelong.com.my ke, mudah.my ke. Taip model phone yang korang cari, lepas tu tengok harganya. Beza online dengan kedai luar tak patut beza lebih dari rm50 selalunya. So kalau harga dekat kedai lagi murah dari harga online, boleh ragu ragu sikit la kot.

7. Beli aksesori dekat kedai lain. Saya ulangi. Beli aksesori dekat kedai lain. Kedai phone akan jual aksesori macam memory card, cover phone dan tempered glass dengan harga yang tak masuk akal. Contohnya ada kedai yang jual memory card 8GB dengan harga Rm50. Dekat kedai komputer Rm50 boleh dapat 32GB. Sama jugak dengan cover, dekat luar rm5-15 tapi diorang akan charge rm30-50 kalau beli bundle sekali.

sumber : Guablog

TAOTAUAJER : Selepas baca ini, mohon sama-sama sebarkan kepada rakan-rakan agar kita dapat manfaat bersama. Anda boleh kongsikan artikel ini dengan menekan butang share di bawah. SHARE


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment