TAOTAUAJER - Penduduk bandar Kota Bharu, Kelantan pelik apabila beberapa batang pokok buah tamar yang ditanam pihak berkuasa tempatan tujuh tahun lalu, kini lebat berbuah.
Laporan laman Facebook Daily Traffic Report menyebut 37 pokok berkenaan ditanam Unit Landskap Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai tanaman hiasan untuk mengindahkan lagi bandar ini sejajar gelaran Bandaraya Islam.
Ia ditanam sebagai pokok hiasan untuk mengindahkan lagi bandar itu sejajar dengan gelaran Kota Bharu sebagai bandar serambi Mekah.
Satu lokasi yang mencuri perhatian adalah di Bulatan Jam Besar berikutan kedudukannya di tengah-tengah bandar menyebabkannya paling menonjol berbanding yang lain.
Setiausaha MPKB Rosnazli Amin berkata, pohon kurma dianggap tanaman hiasan yang paling sesuai berikutan cuaca di negeri ini.
Malah berikutan keunikannya, pokok itu turut dijadikan tanaman hiasan oleh jabatan dan agensi lain yang beroperasi di sini.
�Ia adalah sejenis pokok palma yang rimbun dengan daun yang lebat. Sejak tahun lalu pohon di Bulatan Jam Besar sudah mula berbuah. �Namun kali ini, ia semakin lebat sekali gus mencuri tumpuan semua pihak. �Akhir Ramadan ini buahnya dijangka masak dan boleh dipetik untuk dimakan,� katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Rosnazli berkata, daripada 37 pokok itu, 10 daripadanya sudah berbuah namun pihaknya menegah orang ramai memetiknya. Katanya, ia bagi memastikan pokok terbabit kekal terjaga.
Bagaimanapun, pihak MPKB tidak melarang mana-mana pihak yang mahu menikmati kurma yang sudah gugur. �Harap mereka tak petik di pokok, sebaliknya ambil yang sudah gugur di tanah. Pohon ini tujuannya untuk indahkan Kota Bharu,� katanya.
0 comments :
Post a Comment