TAOTAUAJER - Oleh kerana terlalu terkejut melihat wajah kekasihnya buat pertama kali, seorang lelaki di Filipina telah bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkat empat sebuah pusat beli-belah.
Mark Anthony Perez dikatakan terlalu kecewa selepas wajah kekasihnya tidak secantik dalam gambar yang dikongsikannya menerusi laman sosial.
Pasangan itu yang berpacaran empat bulan lalu selepas berkenalan menerusi laman sosial dan tidak pernah bertemu lantaran jarak tempat yang jauh antara satu-sama lain.
Kekasihnya itu kerap menggunakan aplikasi Camera 360 dan Retrica bagi mengubahsuai wajahnya bagi kelihatan cantik dan menarik.
�Saya ingat awak sangat cantik tetapi saya bodoh kerana percayakan gambar awak sedangkan semuanya telah diubahsuai,� katanya kepada wanita itu biarpun dia sudah mengenakan solekan tebal.
TAOTAUAJER : Adoyai.. ade jugak makhluk macam nieh, sanggup bunuh diri sebab wajah kekasih tidak secantik dalam facebook. Kalau yer pon kemaruk nak yang cantik, tak perlu la sampai bunuh diri.. cari yang lain sudah. Pergi bunuh diri mati katak laa... langsung tak dapat apa-apa...hahaa
0 comments :
Post a Comment