TAUTAK? - Inilah 5 Kelebihan Berjalan Kaki Ke Masjid

TAOTAUAJER - Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba dan di hari Jumaat ini, tao ingin kongsikan kepada anda semua akan kelebihan berjalan kaki ke masjid.


Sepertimana yang kita tahu dengan berjalan kaki mendapat pahala dan menggugurkan dosa sepertimana Hadis dan riwayat di bawah ini...

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Sesiapa yang bersuci di rumahnya (berwudhu�), kemudian ia pergi ke salah sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, untuk mengerjakan sembahyang fardhu, nescaya setiap langkahnya itu: yang satu menggugurkan dosanya, dan yang satu lagi menaikkan darjatnya setingkat lagi� (Hadith sahih � riwayat Muslim)
Dari Ubai bin Kaab r.a katanya: �Ada seorang lelaki yang setahuku dialah yang paling jauh tempat tinggalnya dari masjid. Walaupun begitu dia tidak pernah ketinggalan bersolat jamaah. Kata orang kepadanya: �Alangkah baiknya jika kamu membeli seekor keldai untuk tunggangan kamu di malam gelap atau di panas terik�. Dia menjawab: �Aku tidak suka tinggal berdekatan dengan masjid kerana aku ingin supaya setiap langkahku pergi dan pulang dari masjid ditulis Allah pahalanya bagiku�. Sabda Rasulullah SAW : �Allah mengumpulkan pahala semuanya itu bagi mu�. (Riwayat Muslim)

 berikut adalah lima kelebihan kesihatan berjalan kaki ke masjid untuk sembahyang Jumaat dan Terawih.

  1. Membakar kalori. - Sudah tentu berjalan kaki bakar lebih kalori daripada menaiki kenderaan. Bagi saya, perjalanan dari rumah ke masjid lebih kurang 400m. Masa perlajanan dalam 10-15min. Jadi dengan berulang-alik ke masjid, saya dapat senaman ringan yang bukan baik untuk kecergasan tapi juga bantu mengawal berat badan.
  2. Jimat masa - Lagi-lagi untuk sembahyang Jumaat. Pada masa inilah semua kereta mencari tempat yang paling depat dengan pintu masuk masjid � ini jadikan kawasan berdekatan masjid sesak dan memang jam. Kadang-kadang nak parking kereta pun susah dan mengambil masa yang lama. Kalau berjalan kaki, tak perlu risau tentang kesesakan kereta dan lebih mudah untuk merancang masa.
  3. Ketenangan mental - Berjalan kaki ke masjid menyenangkan. Masa perjalanan boleh dimanfaatkan untuk berfikir, berzikir dan lain-lain perkara yang mungkin sukar dilakukan jika menaiki kereta. Bagi saya, berjalan kaki ke masjid memang relaxing � umpana terapi untuk kurangkan stress. Lagi-lagi anda tak perlu fikirkan tentang kesesakan kereta dan ruang parking.
  4. Ia bentuk senaman - Kalau masa berjalan ke masjid adalah 10-15min, maka dengan perjalanan pulang ke rumah, jumlah masa lebih kurang 20-30min. Ah ini umpama senaman kardio ringan yang baik untuk kaki dan sistem kardiovaskular. Berapa kalori boleh dibakar dalam 30min? Mungkin 130-180 kalori.
  5. Lebih baik untuk alam sekitar - Well dengan berjalan kaki, saya dapat kurangkan carbon footprint saya. Walaupun tak banyak mana tapi ia lebih baik daripada menaiki kenderaan kereta yang bukan sahaja keluarkan CO2 tapi juga membazir duit (minyak).


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment