TAOTAUAJER - Tahukan anda sewaktu zaman kegemilangan Islam, Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan islam telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan .
Kehidupan moden tidak terlepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim. Projek 1001 kembali mengingatkan sejarah 1000 tahun warisan muslim yang dilupakan.
Ada sebuah lubang dalam ilmu pengetahuan manusia, melompat dari zaman Renaisans hingga kepada Yunani, kata Pengerusi Yayasan Sains, Teknologi dan Peradaban Profesor Salim al-Hassani pemimpin 1001 Penemuan.
Ketika ini Penemuan 1001 sedang pameran di Muzium Sains London. Hassani mengharapkan pameran tersebut akan mengimbas kembali sumbangan peradaban bukan barat, seperti kerajaan Islam yang suatu ketika dulu pernah menutupi Sepanyol dan Portugis, Itali selatan dan terbentang seluas daratan China. Inilah penemuan muslim yang luar biasa:
1. Operasi Bedah
Sekitar tahun 1000, seorang doktor Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantaranya, Zahrawi menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dilaporkan melakukan operasi caesar dan mencipta sepasang alat-flop pembedahan.
2. Kopi
Lelaki Arab bernama Khalid mencipta kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi untuk berjaga bagi menunaikan ibadah pada larut malam. Kemudian dibawa ke Kaherah oleh sekelompok pelajar dan kemudiannya kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi pada abad ke-16 ketika kacang mula direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.
3. Mesin Terbang
Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang cuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka bentuk sebuah peranti sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung.
Artikel Penuh ? PEMBONGKARAN! - Abbas Ibnu Firnas, Pencipta asal teori Pesawat
4. Universiti
5. Algebra
Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 Kitab al-Jabr Wal-Mugabala yang diterjemahkan ke dalam buku The Book of Reasoning and Balancing. Membina akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem penyatu untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Ahli matematik lain Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.
8. Berus Gigi
9. Engkol
Banyak dasar sistem automotif moden pertama kali berasal dari dunia muslim. Dengan menukar gerakan putaran dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemui oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.
10. Penemuan Sabun di Dunia Islam
Salah satu penemuan penting yang dicapai umat Islam di era keemasan adalah sabun. Sejak abad ke- 7 M, umat Muslim telah mengembangkan sebuah gaya hidup higienis yang mutakhir. Menurut Ahmad Al-Hassan dalam bukunya berjudul, Technology Transfer in the Chemical Industries, kota-kota Islam seperti Nablus (Palestin), Kufah (Irak), dan Basrah (Irak) telah menjadi pusat industri sabun.��Sabun yang kita kenal hari ini adalah warisan dari peradaban Islam,�� ujar Al-Hassan. Menurut Al-Hassan, sabun yang terbuat dari minyak sayuran, seperti minyak zaitun serta minyak aroma, pertama kali dihasilkan para ahli kimia Muslim di era khalifah. Salah seorang sarjana Muslim yang telah mampu menciptakan formula sabun adalah Al-Razikimiawan legenda dari Persia.
��Hingga kini, formula untuk membuat sabun tak pernah berubah,�� cetus Al-Hassan. Sabun yang dibuat muslim di zaman kejayaan sudah menggunakan pewarna dan pewangi. Selain itu, ada sabun cair dan ada pula sabun basuh tangan. Bahkan, pada masa itu sudah tercipta sabun khusus untuk mencukur kumis dan janggut. Harga sabun pada 981 M berkisar tiga Dirham (syiling perak) atau setara 0,3 Dinar (syiling emas). Resepi pembuatan sabun di dunia Islam juga telah ditulis seorang doktor terkemuka dari Andalusia Sepanyol Islam bernama Abu Al-Qasim Al-Zahrawi alias Abulcassis (936-1013 M).

TAOTAUAJER : Dari segi sumbangan cerdik pandai Islam kepada perkembangan teknologi dan kejuruteraan, sejarah telah membuktikan sumbangan yang besar telah mereka curahkan dan kesannya masih lagi dapat dirasai hingga ke hari ini.
0 comments :
Post a Comment