TAOTAUAJER - Antara kejadian yang pelik berlaku di pantai Bondi, Sydney apabila warga Australia beramai - tanam kepala di dalam pasir. Pasti korang nak tau dah kenapa pulak kejadian nie...
Dimana lebih 400 warga Australia bertindak menanam kepala mereka ke dalam pasir di pantai Bondi, Sydney kerana tidak berpuas hati dengan polisi Perdana Menteri negara itu, Tony Abbott yang tidak mengambil berat tentang perubahan iklim dunia.
Abbott pada tahun 2009 pernah menyatakan kajian mengenai perubahan iklim bukan satu perkara penting dan mahu memberi fokus pada perkembangan ekonomi. Tunjuk perasaan dilakukan menjelang persidangan tahunan G20 yang akan berlangsung di Brisbane, Australia pada 15 dan 16 November. Mereka mendesak agar isu ini menjadi salah satu agenda dalam persidangan berkenaan.
Menurut penganjur, Eden Tehan, demonstrasi ini dilakukan bagi menarik perhatian pemimpin-pemimpin dunia bahawa iklim adalah satu isu signifikan. �Kami ingin memberitahu kepada pemimpin-pemimpin dunia yang dating ke Persidangan G20 di Brisbane bahawa demonstrasi di pantai ini adalah satu cara untuk dunia tahu kami tidak bersetuju dengan kerajaan terhadap isu perubahan iklim dan mahu melihat tindakan segera dilakukan secara global.� katanya. Ia mendapat liputan meluas media dan masyarakat yang membuat perkongsian di laman media sosial. Penunjuk perasaan datang dari pelbagai latar belakang seperti pekerja profesional, pelajar sekolah dan ibu bapa.
0 comments :
Post a Comment