TAOTAUAJER - Tahukah anda sebenarnya ubat gigi yang berada di pasaran itu mempunyai kod warna yang berbeza-beza? Pernahkah anda perasan hal ini? Tahukah anda apakah rahsia dan maksud di sebalik kod-kod warna tersebut?
Kod warna pada setiap tube ubat gigi seperti gambar di atas melambangkan kandungan ataupun bahan asas dalam ubat gigi tersebut. Ini rahsianya:
Warna Merah : Kandungan ubat gigi tersebut dari bahan semulajadi + Bahan kimia
Warna Biru : Kandungan ubat gigi tersebut dari bahan semulajadi + Bahan ubat-ubatan
Warna Hijau : Kandungan ubat gigi tersebut dari bahan semulajadi sahaja
Warna Hitam : Kandungan ubat gigi tersebut dari bahan kimia keseluruhannya.
Sepertimana yang di sebarkan melalui laman sosial namun warna tersebut mempunyai maksud tersendiri yang di jelaskan di bawah ini....
Sepertimana yang di sebarkan melalui laman sosial namun warna tersebut mempunyai maksud tersendiri yang di jelaskan di bawah ini....
Kalau korang nak tau sebenarnya tanda warna ( merah , biru , hijau , hitam ) berkotak seperti dalam gambar di atas ada pada produk lain juga seperti pada pencuci muka, perapi rambut atau apa sahaja produk dalam bekas tube sebegitu.
Namum begitu sebuah laman web luar negara bernama "Hoax-Slayer.com" telah membongkar misteri disebalik warna berkenaan.
Dalam industri pembungkusan, tanda bentuk 4 segi tepat tersebut diistilahkan sebagai " eye marks " ( atau " eye spots " ). Tujuan tanda tersebut mungkin untuk memberi signal atau memberi tahu pada mesin pembungkusan , kotak/bungkusan yang sesuai untuk sekian-sekian produk.

Apa "eye-marks" tu? Menurut Glenroy,Inc :
Eye mark register"A printed rectangular mark most often found along the edge of webstock that can be identified by an electric eye. The mark identifies a point on the web where an individual package is to be cut"
Tanda tersebut tak memberi apa-apa makna pada orang biasa tapi sebaliknya pada pekerja yang terlibat dalam pemprosesan produk tersebut dan juga pada mesin yang mengendalikan proses pembungkusan produk tersebut tanda warna ( merah , biru , hijau , hitam ) amat penting .
TAOTAUAJER : Sekarang misteri pasal warna pada ubat gigi dan pelbagai lagi bungkusan-bungkusan makanan terbongkar.. usah selubungi diri dengan misteri..hehee..
0 comments :
Post a Comment