PELIK! - Terdapat Tempat Yang Melarang Penduduknya Meninggal Dunia, Kat Mana Tu?

TAOTAUAJER - Antara tempat yang mempunyai undang-undang pelik apabila melarang siapa saja meninggal dunia didalam kawasan itu. Yang pastinya menjadi satu persoalan besar,  terdapat undang-undang sebegitu pelik dan  kenapa tidak boleh meninggal dunia di tempat itu ?


Tempat yang dikatakan adalah sebuah bandar terpencil yang berada di kepulauan Arctic di Svalbard bernama Longyearbyen, Norway, mempunyai satu undang-undang yang akan dianggap aneh.

Menurut Wikipedia dan BBC ( 2008 ), tanah di Longyearbyen merupakan tanah permafrost. Dalam ilmu geologi , permafrost adalah suatu jenis tanah yang terletak di lintang tinggi atau yang berada di sekitar kutub utara dan selatan. Tanah jenis ini berada di titik beku pada suhu 0 darjah Celsius.


Tanah-tanah jenis permafrost akan muncul atau terbentuk ketika suhu sekitar mencapai rata-rata -2 darjah Celsius. Tanah permafrost biasa ditemui di sebahagian besar Siberia, Kanada, Alaska dan Greenland.
Kembali ke masalah undang-undang tidak boleh meninggal dunia di Longyearbyen itu, kerajaan yang berkepentingan di kawasan tersebut mempunyai alasan kenapa sesiapa saja dilarang mati dan dikebumikan di sana .

Perkara tersebut kerana mayat yang dikuburkan di Longyearbyen tidak boleh hancur atau reput seperti mayat-mayat yang dikuburkan di kawasan lain pada umumnya .

Sebagai penyelesaiannya, bagi siapa saja yang meninggal atau kerana sakit, kemalangan atau lain, mayat yang bersangkutan akan diangkut dengan menggunakan kapal atau helikopter dan dibawa ke Pulau Utama Norway. Bagi sesiapa yang dalam keadaan tenat bolehlah pergi kawasan lain selain daripada Longyearbyen.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment