TAOTAUAJER - HRABOVE (Ukraine): Selepas empat bulan pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine, video terbaharu menunjukkan saat awal pesawat yang sedang terbakar, terhempas menghampiri perkampungan dengan penduduk pada awalnya menyangkakan ia pesawat tentera negara itu.
Video amatur yang diperoleh agensi berita Associated Press (AP) yang diambil sendiri oleh penduduk di Hrabove, menunjukkan bagaimana penduduk bergegas ke bangkai pesawat yang sedang terbakar hanya beberapa meter jasa jaraknya dari rumah mereka pada tengah hari 17 Julai itu.
Video berkenaan kemungkinan rakaman pertama diambil sebaik saja pesawat Malaysian Airlines (MAS) itu terhempas.
Ketika punca tragedi MH17 masih menjadi bahan perbalahan antarabangsa, Ukraine dan kerajaan di barat mendakwa ia ditembak jatuh oleh puak pemisah yang pro-Russia manakala stesen televisyen Russia di Moscow sejak minggu lalu menayangkan apa yang mereka dakwa bukti baharu pesawat MH17 sebenarnya ditembak jet pejuang tentera udara Ukraine.
Semua 298 orang di dalam pesawat Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu terkorban apabila ia ditembak jatuh di kawasan yang dikuasai pemisah Ukraine.
Jenazah dan bangkai pesawat bertaburan di kawasan seluas sehingga 20 kilometer persegi (8 batu persegi).
Semalam, pekerja mula mengutip dan mengumpulkan bangkai pesawat di tapak nahas dengan penyeliaan penyiasat Belanda dan pegawai dari Pertubuhan Keselamatan dan Koordinasi di Eropah.
Semua sisa pesawat diletakkan di dalam gerabak kereta api sebelum dihantar di kawasan dikuasai kerajaan Ukraine di Bandar Kharkiv.
Dalam video yang diperoleh AP semalam, penduduk perkampungan Hrabove didengar bertanyakan nasib juruterbang berkenaan.

0 comments :
Post a Comment